KakiBolaMalaysia

KakiBolaMalaysia
Jika Anda bermain Yahoo Fantasy Football, silalah lawati --> http://mykbm.co.nr

Ulangtahun ke-50

Ulangtahun ke-50

Tuesday, July 17, 2007

Teringat Kenangan Lama

Sambil2 dengar berita TV3, tetiba aku teringat masa kecik2 dulu..Best betul bila teringat zaman Azizol Abu Haniffah, P. Ravindran, Zaidi Nafiah, Nizam Adha..Time tu sapa tak tengok bola boleh le di kategori sebagai sengal..Pergi stadium penuh..Nasib baik le budak2 tak payah tunjuk tiket..

Zaman tu kalau sebut Malaysia, kecut telor team2 lain..Aku rasa semi-pro lagi best dari Liga-M..Tiket murah..Main best..Kalau dulu bile sebut je team Malaysia, semua orang boleh sebut paling busuk pun 6-7 orang 1st eleven..Kalau sekarang, merangkak-rangkak nak sebut nama..Peminat masih lagi menyokong pasukan negara..Kalau bukan Malaysia, nak sokong team mana pulak? Takkan le nak sokong Singapore kan? Jangan le nak salahkan peminat kalau komen sikit..Kalau taknak kene komen, pergi le cari keje lain..

Pemain-pemain zaman pro sekarang ni takde sorang pun yang punya attitude macam pemain-pemain zaman amatur & semi pro dulu. Tak penah lagi aku nampak pemain Perak buat latihan intensif sendiri. Tak kire le dia nak lari satu Ipoh ke..nak lari kat Padang Polo ke..apa yang diorang tau, training yang disediakan oleh coach je..Come on la..even si C.Ronaldo tu pun training sorang2 after diorg punyer training habis..Mokhtar Dahari pun training sendiri..Jangan nak ingat kome tu gaji beribu2, training tak sungguh..Kalau dah pro, jangan le nak hisap rokok lagi..jangan le nak minum2 lagi..Kome tu orang kenal..Jaga sikit perangai tu..Kalau main cantik, still boleh consider lagi..Ini ingat bila dah main untuk state, dah perasan jaguh dunia..sepak bola pun selalu sepak angin :-)

Aku merindui semangat dulu..Walaupun gaji tak seberapa, tapi semangat juang tu yang sangat2 kami harapkan..Kembalikan era semi-pro :-)

2 comments:

Anonymous said...

Sukan teras negara?? Mungkin tidak lagi masa kini... Biar apa jua tindakan yang diambil..bola sepak negara tetap akan melalui zaman malap sehingga satu formula khusus dapat dirumuskan...Bukan salah jurulatih,pemain ataupun org2 FAM. Cuma sistem perjalanan bola sepak Malaysia yang perlu di TUKAR 100%!!
Sebagai peminat bola sepak negara yang sangat suka mengkutuk persembahan pasukan kebangsaan, saya amat menantikan saat di mana saya tidak mampu atau tidak layak untuk mengutuk TEAM MALAYSIA. Tapi mungkin 1000 thn lagi...

Pada pendapat saya...FAM seharusnya sudah lama di SWASTA kan...Begitu juga kelab2 bola sepak negeri. Kesan daripada tindakan penswastaan ini mungkin dapat dilihat dalam tempoh yang amat singkat...Mengapa?
Kerana ahli2 politik yang KORUP dan
"celik" bola ini Telah disingkirkan..secara automatik sukan bola sepak malaysia menjadi terbuka dan berdaya saing.

Org2 malaysia sebenarnya MAMPU bersaing. Yakin dan berusaha sebaik mungkin kunci kejayaan.

Hamba Mu said...

Camana nak lupa, Final FA yg first, ketinggalan 2-0, then 4-2, esoknya cuti.. perrgghhh.... zaman import Kwee Lin, Jang Jung dan Aung Naing.. then barisan Harimau Malaya...